Pembelian Hartanah

Composite image of hand carrying house with sky background

Pembelian Hartanah Subsale

Sekiranya senarai hartanah yang terdapat di web HartanahMalaysia.Net ini tidak menepati citarasa anda, pihak kami menyediakan perkhidmatan PERCUMA untuk mencari hartanah yang anda idamkan. Hanya perlu isi borang yang disediakan di sini <Borang Pembelian Hartanah (Subsale)>.  Pihak kami akan menghubungi anda, sebaik sahaja kami mendapat ciri-ciri rumah yang menepati citarasa anda.

Pembelian Hartanah Lelongan

Untuk membeli hartanah melalui lelongan memerlukan pengetahuan dan pengalaman. Ini penting supaya anda tidak mengalami kerugian disebabkan masalah serta risiko yang mungkin wujud. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah sekatan yang mungkin wujud (contohnya kaveat), bil tertunggak, butiran lanjut hartanah (didiami oleh pemilik, disewakan, dsb, keadaan hartanah, dll),  nilai pasaran semasa hartanah (penting supaya tidak membuat bidaan lebih tinggi dari nilai pasaran) dan banyak perkara lagi.  Oleh itu, adalah penting untuk pembeli mendapatkan perkhidmatan professional dari seorang ejen hartanah yang berpengalaman dalam bahagian lelongan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat HartanahMalaysia.Net mengenai pembelian hartanah lelong (kawasan Lembah Klang sahaja) atau senarai lelongan boleh isikan borang tersedia. <Borang Lelongan>.

Kami akan hubungi anda sekiranya terdapat unit/premis yang dikehendaki.

Facebook

Get the Facebook Likebox Slider Pro for WordPress